Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN


Ulasan Pembentangan 1


Peranan Soal Jawab Pelajar Untuk Meningkatkan Minat dan Penglibatan Pelajar dalam Subjek Biologi


Oleh : Elenser Anak Uning & Rumaizah Muhamad



Penyataan Masalah


Sejauh manakah peranan soal jawab pelajar dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam subjek Biologi



Methodologi, setting kajian dan sampel kajian


Methodologi


Menggunakan Model Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1998) di mana dalam model ini melibatkan langkah analisis masalah, konseptualisasi masalah, pembentukan pelan tindakan dan penetapan instrumen kajian, pelaksanaan tindakan, pengutipan dan analisa data serta refleksi dan penilaian


Setting kajian - Kajian dilakukan di SMK Bandar Sunway


Sample kajian - 50 orang pelajar tingkatan 4 daripada 2 kelas yang mengambil subjek biologi



Pengumpulan dan penganalisisan data


Pengumpulan data secara kualitatif - Temubual dan penilaian hasil kerja pelajar


Pengumpulan data secara kuantitatif - Guru membuat 2 ujian iaitu ujian pre dan ujian pos



Implikasi kajian


- Bilangan pelajar yang mendapat gred A meningkat sebanyak 39%


- Pelajar berminat dengan aktiviti ini kerana mereka diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada rakan mereka sendiri dan secara tidak langsung mengurangkan perasaan malu


- Peranan soal jawab tidak hanya terbatas kepada guru terhadap pelajar dan pelajar terhadap guru, tetapi pelajar bertanya dengan rakan mereka



Ulasan kepada pembentangan


Melalui pembentangan ini saya dapat mengetahui bahawa kebanyakan pelajar mempunyai perasaan malu dan takut untuk bertanya kepada guru. Ini mungkin kerana mereka takut jika memberikan jawapan yang salah atau pertanyaan mereka adalah tidak bernas. Oleh itu peranan guru untuk mengikis tanggapan dan sikap malu bertanya dengan membuat aktiviti soal jawab di antara pelajar-pelajar. Misalnya dengan membuat kerja kumpulan dan sesi soal jawab berlaku antara kumpulan-kumpulan pelajar bukan tertumpu kepada soal jawab guru dan pelajar sahaja. Secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pelajar untuk bersoal jawab dan lebih memudahkan mereka memahami topik pelajaran.




Ulasan Pembentangan 2


Meningkatkan Kesungguhan dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran (Token) Di Kalangan Murid Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar


Oleh: Nur Atifah Abd Wahab & Siti Nabilah Hassan


Penyataan Masalah


Melihat sejauh mana teknik ganjaran (token) dapat diadaptasi bagi mengubah tingkahlaku pelajar yang berkeperluan khas


Methodologi, setting kajian dan sampel kajian


Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah kebangsaan Bangsar di mana seramai 7 orang pelajar pendidikan khas dalam sebuah kelas dipilih. Methodologi yang digunakan ialah mengenalpasti tingkahlaku yang hendak diubah, memilih strategi dan bentuk ganjaran yang hendak diberikan, melakukan penilaian berterusan dan memastikan tingkahlaku negatif tidak berulang dan membuat refleksi.


Pengumpulan dan penganalisisan data


Pengumpulan data dibuat secara kualitatif dimana guru membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku pelajar secara berterusan


Implikasi Kajian


- Didapati sistem ganjaran (token) dapat mengubah tingkahlaku negatif pelajar berkeperluan khas dan secara tidak langsung merangsang ketekunan pelajar


- Pelajar menjadi lebih bersemangat dan bersaing secara sihat untuk mendapatkan ganjaran


- Pengurangan tingkahlaku negatif dapat mengurangkan gangguan di dalam kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar


Ulasan kepada pembentangan


Melalui pembentangan ini saya dapati bahawa pelajar berkeperluan khas memerlukan perhatian yang lebih. Mereka perlukan peneguhan yang positif bagi merangsang minat mereka dalam pelajaran dan merangsang perubahan tingkahlaku yang lebih baik. Pada pendapat saya sistem ganjaran (token) sesuai dilakukan bagi kelas pendidikan khas kerana faktor bilangan pelajar yang sedikit memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian terhadap setiap pelajar dari segi akademik dan perubahan tingkahlaku mereka. Ganjaran (token) yang diberikan perlu bersesuaian mengikut subjek sebagai contoh ganjaran wang diberikan untuk subjek matematik supaya pelajar dapat belajar mengira manakala ganjaran berbentuk makanan sesuai untuk subjek kemahiran hidup atau pendidikan kesihatan. Secara tidak langsung sistem ganjaran (token) dapat diaplikasikan dalam subjek yang dipelajari. Namun begitu guru perlu mengawal sistem ini bagi mengelakkan pelajar hanya mengejar ganjaran semata-mata dan tidak mencapai objektif asal sistem ganjaran ini diaplikasikan


RESOLUSI @ KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN

1.Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Pendidikan Islam

  1. Mewajibkan tulisan jawi
  2. P & P perlu pendekatan lebih menarik seperti pantun dan nasyid
  3. Sesi P & P perlu lebih satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk jadikan P & P lebih menarik
  4. Menyedarkan masyarakat untuk menghayati Pendidikan Islam bukan sebagai bidang akademik semata-mata tetapi sebagai pemantapan akidah

2.Pendidikan Khas

  1. Penggunaan BBM hendaklah disesuaikan dengan keadaan pelajar dan topik yang dibincangkan
  2. BBM dipelbagaikan mengikut kemampuan/kekuatan pelajar
  3. Memberikan latihan untuk pelajar berdikari dan dapat menjalankan kehidupan seharian
  4. Menggalakkan peneguhan positif dan negatif dalam P & P untuk memotivasikan pelajar
  5. Memberikan pendedahan luar
  6. Mengubah panggilan daripada pelajar normal & tidak normal kepada pelajar tipikal & berkeperluan khas

3.Penggunaan permainan dalam P & P

  1. Pelbagaikan jenis permainan berbentuk fizikal dan manipulatif dalam P & P
  2. Permainan disertakan dengan KBKK bukan sekadar menarik minat pelajar & nilai murni
  3. Penggunaan permainan perlu sesuai dengan topik, pelajar & masa yang diperuntukkan

4.Penggunaan ICT dalam P & P

  1. Video klip dalam P & P tidak terlalu lama bagi mengelakkan pelajar bosan
  2. Penggunaan multimedia perlu diselang-seli dengan aktiviti lain agar tumpuan dapat diberi
  3. Penggunaan ICT perlu diperkukuhkan dengan bantuan BBM lain
  4. Perlu ada pihak bertanggungjawab untuk memastikan video selaras dengan kurikulum
  5. Mengkategorikan video mengikut kesesuaian objektif pelajar
  6. Guru perlu mempunyai inisiatif dalam penggunaan ICT
  7. Pihak sekolah & kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi

5.Pembelajaran kooperatif di kalangan pelajar

  1. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang sesuatu teknik pembelajaran kooperatif sebelum melaksanakannya
  2. Masa bagi setiap sesi aktiviti perlu dipantau & disesuaikan dengan sesi P & P yang dijalankan
  3. Guru perlu diberi pendedahan tentang teknik & kaedah pembelajaran kooperatif mengikut piawai

Tuesday, October 27, 2009

BOOK REVIEW

At this moment i just glance through this book that i've found at PTSL, UKM. Will skimming and scanning later. Little information about this book

Tittle

A handbook for Teacher Research from design to
implementation

Writer

Colin Lankshear & Michele Knobel (Published 2004)

Abstract

This book provides a comprehensive and detailed
approach to teacher research as a systematic,
methodical and informed practice. It identifies 6
key requirement for all kinds of research, and
provides clear and accessible guidelines for
teachers to use in conducting their own
classroom-based studies.

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS : 10 SEBAB MENGAPA GURU PERLU BUAT KAJIAN TINDAKAN

  1. Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, pembelajaran pelajar, persekitaran pembelajaran dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
  2. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan budaya pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
  3. Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan sebagai seorang guru yang holistik dan versatile.
  4. Menyediakan ruang kepada guru untuk menjana kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan masalah berkaitan pendidikan.
  5. Membantu guru mengembangkan professionalisme melalui refleksi kendiri atau muhasabah diri.
  6. Guru mempunyai autoriti di dalam kelas dan kajian tindakan membantu guru mencuba pendekatan pengajaran baru supaya pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan sesuatu subjek.
  7. Wujud perkongsian ilmu melalui hasil kajian tindakan dan secara tidak langsung dapat menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia.
  8. Membentuk budaya penyelidikan sebagai sumber utama dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dalam sebarang perubahan penambahbaikan.
  9. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
  10. Hasil dapatan kajian tindakan terciptalah model-model baru berkaitan dengan dunia pendidikan yang dapat diaplikasikan dan menjadi sumber rujukan bakal-bakal guru.

TUGASAN KELAS : NOTA

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan
memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.
(Elliot & Adelman: 1976)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif
(McNiff :1988)

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan.
(Hanipah Hussin : 2001)


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:

  1. Keputusan kumpulan
  2. Komitmen kepada peningkatan kerja

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988)

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.

Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat iaitu Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek.

Proses 1 :

Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Proses 2 :

Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3 :

Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti Contoh - menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan

Proses 4 :
Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.
Contoh - cara penilaian – pemerhatian dan kumpulan sasar – pelajar dan guru

Proses 5 :
Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 6 :
Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan. Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7 :
Memerhati ( mengumpul bukti ). Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen. Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar. Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas. Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat. Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar. Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada.
Contohnya - sukatan pelajaran, buku kedatangan, kod salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Proses 8 :
Mereflek ( analisa dan refleksi )· Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian. Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai. Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, bengkel dan lain-lain.


MODEL KAJIAN TINDAKAN


Model 1 : Kemmis & McTaggart , 1988


Model 2 : Elliot , 1991




Model 3 : Stringer , 1999


Sunday, October 25, 2009

Enjoy your life & your job

Becoming G-R-E-A-T Teachers !


Did you ever stop to think that most of us spend the greater part of our lives on the job?
This means that our attitude toward our job can determine whether our days are filled with excitement and the sense of fullfillment that comes from top performance.
Find yourself and be yourself. There is no one else on earth like YOU!

-Dale Carnegie