Thursday, January 14, 2010
Tuesday, January 12, 2010
Friday, January 8, 2010
MINI KOLOKIUM
Pada 9hb & 10hb Januari akan diadakan pembentangan kajian tindakan bertempat di Dewan Budiman, UKMKumpulan kami akan membentang pada sesi kedua pada 9hb (5.30-7.00pm) dan merupakan kumpulan pembentang yang ke-8. Hopefully semua berjalan dengan lancar. Amin
Thursday, December 17, 2009
TUGASAN KELAS : PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN
PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Dalam menulis laporan kajian tindakan terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan yang dilakukan oleh penyelidik. Kepelbagaian ini bergantung kepada kajian penyelidik, sampel yang disasarkan, pendekatan kajian yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan penulisan laporan.
Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan prosedur kajian dijalankan (metadologi) serta dapatan kajian. Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji.
0 comments Labels: NOTA
JURNAL : PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA
- Temubual pensyarah dan pelajar
- Tinjauan semasa menyelia pelajar
- Catatan pensyarah semasa menyelia pelajar
Penganalisisan Data
Pengkaji meneliti data secara menyeluruh dan menetapkan data mengikut kategori penilaian yang dikehendaki. Kaedah yang digunakan berfokus kepada pemikiran reflektif. Penilaian yang dilakukan tidak mengenakan sebarang keperluan tambahan semasa kajian dijalankan. Ini bermakna semasa data dikumpul kategori yang telah ditetapkan pada peringkat awal untuk tujuan penilaian adalah sama tiada sebarang tambahan dibuat untuk mengkategorikan penilaian.
0 comments Labels: PRESENTATION
ULASAN BUKU : PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
1.Pemerhatian
- Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan kefahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji.
- Perlu ada penelitian dan pemikiran yang kritikal tentang situasi kajian.
- Pemerhatian perlu dibuat secara sistematik.
- Data yang dikutip melalui kaedah ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara konsisten dan pada masa sebenar kajian.
- 3 aspek penting dalam kaedah ini iaitu (1.Tumpuan pemerhatian iaitu siapa yang dikaji), (2.Masa pemerhatian iaitu bila seharusnya dilakukan pemerhatian) dan (3.Cara pemerhatian iaitu catat data-data penting serta merta semasa pemerhatian)
2.Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen
- Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji.
- Dokumen-dokumen yang digunakan untuk mengutip data adalah seperti kertas peperiksaan atau ujian, foto aktiviti di dalam kelas dan laporan kurikulum.
3.Rakaman pita video / transkrip
- Rakaman video dapat mengesan tingkah laku pelajar, dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan oleh guru dalam kajian tindakan.
- Rakaman juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar semasa aktiviti dijalankan dalam kelas.
- Transkrip pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.
4.Temubual
- Temubual membantu guru mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.
- Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan di sekolah.
TEKNIK PENGANALISISAN DATA
Penganalisisan data membantu guru mendalami secara lebih dekat dan jelas. Ia juga membantu guru merangka maklumat yang diperolehi secara sedar atau tidak sedar yang berlaku semasa proses pengumpulan data.
Teknik-teknik membuat analisis :
- Meneliti data secara menyeluruh - menetapkan kategori data dan membuat pembahagian mengikut kategori.
- Membuat proses sumbangsaran untuk mendapatkan idea - buat refleksi idea
- Analisis secara perbincangan
Setelah data dikumpul, guru akan membuat analisis untuk merumus dan menjelaskan dapatan kajian.
0 comments Labels: PRESENTATION








