TUGASAN 3 : LAPORAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
Ulasan Pembentangan 1
Peranan Soal Jawab Pelajar Untuk Meningkatkan Minat dan Penglibatan Pelajar dalam Subjek Biologi
Oleh : Elenser Anak Uning & Rumaizah Muhamad
Penyataan Masalah
Sejauh manakah peranan soal jawab pelajar dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam subjek Biologi
Methodologi, setting kajian dan sampel kajian
Methodologi
Menggunakan Model Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1998) di mana dalam model ini melibatkan langkah analisis masalah, konseptualisasi masalah, pembentukan pelan tindakan dan penetapan instrumen kajian, pelaksanaan tindakan, pengutipan dan analisa data serta refleksi dan penilaian
Setting kajian - Kajian dilakukan di SMK Bandar Sunway
Sample kajian - 50 orang pelajar tingkatan 4 daripada 2 kelas yang mengambil subjek biologi
Pengumpulan dan penganalisisan data
Pengumpulan data secara kualitatif - Temubual dan penilaian hasil kerja pelajar
Pengumpulan data secara kuantitatif - Guru membuat 2 ujian iaitu ujian pre dan ujian pos
Implikasi kajian
- Bilangan pelajar yang mendapat gred A meningkat sebanyak 39%
- Pelajar berminat dengan aktiviti ini kerana mereka diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada rakan mereka sendiri dan secara tidak langsung mengurangkan perasaan malu
- Peranan soal jawab tidak hanya terbatas kepada guru terhadap pelajar dan pelajar terhadap guru, tetapi pelajar bertanya dengan rakan mereka
Ulasan kepada pembentangan
Melalui pembentangan ini saya dapat mengetahui bahawa kebanyakan pelajar mempunyai perasaan malu dan takut untuk bertanya kepada guru. Ini mungkin kerana mereka takut jika memberikan jawapan yang salah atau pertanyaan mereka adalah tidak bernas. Oleh itu peranan guru untuk mengikis tanggapan dan sikap malu bertanya dengan membuat aktiviti soal jawab di antara pelajar-pelajar. Misalnya dengan membuat kerja kumpulan dan sesi soal jawab berlaku antara kumpulan-kumpulan pelajar bukan tertumpu kepada soal jawab guru dan pelajar sahaja. Secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pelajar untuk bersoal jawab dan lebih memudahkan mereka memahami topik pelajaran.
Ulasan Pembentangan 2
Meningkatkan Kesungguhan dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran (Token) Di Kalangan Murid Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar
Oleh: Nur Atifah Abd Wahab & Siti Nabilah Hassan
Penyataan Masalah
Melihat sejauh mana teknik ganjaran (token) dapat diadaptasi bagi mengubah tingkahlaku pelajar yang berkeperluan khas
Methodologi, setting kajian dan sampel kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah kebangsaan Bangsar di mana seramai 7 orang pelajar pendidikan khas dalam sebuah kelas dipilih. Methodologi yang digunakan ialah mengenalpasti tingkahlaku yang hendak diubah, memilih strategi dan bentuk ganjaran yang hendak diberikan, melakukan penilaian berterusan dan memastikan tingkahlaku negatif tidak berulang dan membuat refleksi.
Pengumpulan dan penganalisisan data
Pengumpulan data dibuat secara kualitatif dimana guru membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku pelajar secara berterusan
Implikasi Kajian
- Didapati sistem ganjaran (token) dapat mengubah tingkahlaku negatif pelajar berkeperluan khas dan secara tidak langsung merangsang ketekunan pelajar
- Pelajar menjadi lebih bersemangat dan bersaing secara sihat untuk mendapatkan ganjaran
- Pengurangan tingkahlaku negatif dapat mengurangkan gangguan di dalam kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar
Ulasan kepada pembentangan
Melalui pembentangan ini saya dapati bahawa pelajar berkeperluan khas memerlukan perhatian yang lebih. Mereka perlukan peneguhan yang positif bagi merangsang minat mereka dalam pelajaran dan merangsang perubahan tingkahlaku yang lebih baik. Pada pendapat saya sistem ganjaran (token) sesuai dilakukan bagi kelas pendidikan khas kerana faktor bilangan pelajar yang sedikit memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian terhadap setiap pelajar dari segi akademik dan perubahan tingkahlaku mereka. Ganjaran (token) yang diberikan perlu bersesuaian mengikut subjek sebagai contoh ganjaran wang diberikan untuk subjek matematik supaya pelajar dapat belajar mengira manakala ganjaran berbentuk makanan sesuai untuk subjek kemahiran hidup atau pendidikan kesihatan. Secara tidak langsung sistem ganjaran (token) dapat diaplikasikan dalam subjek yang dipelajari. Namun begitu guru perlu mengawal sistem ini bagi mengelakkan pelajar hanya mengejar ganjaran semata-mata dan tidak mencapai objektif asal sistem ganjaran ini diaplikasikan