Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS : NOTA

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan
memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.
(Elliot & Adelman: 1976)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif
(McNiff :1988)

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan.
(Hanipah Hussin : 2001)


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:

  1. Keputusan kumpulan
  2. Komitmen kepada peningkatan kerja

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988)

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.

Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat iaitu Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek.

Proses 1 :

Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Proses 2 :

Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3 :

Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti Contoh - menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan

Proses 4 :
Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.
Contoh - cara penilaian – pemerhatian dan kumpulan sasar – pelajar dan guru

Proses 5 :
Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 6 :
Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan. Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7 :
Memerhati ( mengumpul bukti ). Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen. Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar. Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas. Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat. Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar. Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada.
Contohnya - sukatan pelajaran, buku kedatangan, kod salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Proses 8 :
Mereflek ( analisa dan refleksi )· Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian. Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai. Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, bengkel dan lain-lain.


MODEL KAJIAN TINDAKAN


Model 1 : Kemmis & McTaggart , 1988


Model 2 : Elliot , 1991




Model 3 : Stringer , 1999


0 comments :