AKTIVITI 5 : GURU NOVIS
Mengapa Guru Novis Perlu melakukan Kajian Tindakan?
Definisi Guru Novis:
Didefinisikan sebagai guru baru yang terlatih dan mula berkhidmat di antara 1 hingga 3 tahun, dalam tempoh percubaan dan belum disahkan lagi dalam jawatan. Guru Novis juga dipanggil sebagai guru sandaran terlatih (GST), iaitu nama jawatan yang dipegang oleh guru yang telah tamat menjalani latihan keguruan yang telah ditempatkan di sekolah.
Sebab Guru Novis perlu melakukan kajian tindakan:
- Guru dapat mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
- Guru dapat meningkatkan penggunaan BBM dengan lebih efektif.
- Guru dapat mengenalpasti amalan pelajar, cara pembelajaran, sikap pelajar dan suasana kelas.
- Guru dapat bertingkahlaku professional mengikut etika perguruan dan membuat refleksi kendiri terhadap prestasi pengajaran.
- Guru dapat mengamalkan konsep pembelajaran seumur hidup, membuat penyelidikan pendidikan dan melakukan perubahan dan mengaktifkan penglibatan diri dalam dunia pendidikan.
0 comments :
Post a Comment