Monday, February 1, 2010

Wifi @ SMK Tun Mutahir


Noticed that here got Wifi... Updated sekolah zaman sekarang... Senang guru-guru nak membudayakan ICT...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 14, 2010


Tomorrow is going to be our final paper....Good Luck!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 12, 2010

Selamat Menjawab Exam KT 13/01/10 @ DTAS

Friday, January 8, 2010

MINI KOLOKIUM

Pada 9hb & 10hb Januari akan diadakan pembentangan kajian tindakan bertempat di Dewan Budiman, UKM


Kumpulan kami akan membentang pada sesi kedua pada 9hb (5.30-7.00pm) dan merupakan kumpulan pembentang yang ke-8. Hopefully semua berjalan dengan lancar. Amin



Anyway all the best to all of our friends for this presentation.




Good Luck !!!

Thursday, December 17, 2009

TUGASAN KELAS : PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam menulis laporan kajian tindakan terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan yang dilakukan oleh penyelidik. Kepelbagaian ini bergantung kepada kajian penyelidik, sampel yang disasarkan, pendekatan kajian yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan penulisan laporan.

Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan prosedur kajian dijalankan (metadologi) serta dapatan kajian. Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji.

JURNAL : PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA

Levels of Reflection In Action Research. An Overview and An Assessment Tool
By :
Mervat Abou Baker El-Dib
Pengumpulan Data
Pengumpulan data dibuat melalui beberapa cara iaitu:
  • Temubual pensyarah dan pelajar
  • Tinjauan semasa menyelia pelajar
  • Catatan pensyarah semasa menyelia pelajar

Penganalisisan Data

Pengkaji meneliti data secara menyeluruh dan menetapkan data mengikut kategori penilaian yang dikehendaki. Kaedah yang digunakan berfokus kepada pemikiran reflektif. Penilaian yang dilakukan tidak mengenakan sebarang keperluan tambahan semasa kajian dijalankan. Ini bermakna semasa data dikumpul kategori yang telah ditetapkan pada peringkat awal untuk tujuan penilaian adalah sama tiada sebarang tambahan dibuat untuk mengkategorikan penilaian.

ULASAN BUKU : PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA


TEKNIK PENGUMPULAN DATA
Bagi mengumpul maklumat yang lengkap dalam kajian tindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data kerana setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan. Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang dicadangkan iaitu:

1.Pemerhatian

  • Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan kefahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji.
  • Perlu ada penelitian dan pemikiran yang kritikal tentang situasi kajian.
  • Pemerhatian perlu dibuat secara sistematik.
  • Data yang dikutip melalui kaedah ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara konsisten dan pada masa sebenar kajian.
  • 3 aspek penting dalam kaedah ini iaitu (1.Tumpuan pemerhatian iaitu siapa yang dikaji), (2.Masa pemerhatian iaitu bila seharusnya dilakukan pemerhatian) dan (3.Cara pemerhatian iaitu catat data-data penting serta merta semasa pemerhatian)

2.Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen

  • Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji.
  • Dokumen-dokumen yang digunakan untuk mengutip data adalah seperti kertas peperiksaan atau ujian, foto aktiviti di dalam kelas dan laporan kurikulum.

3.Rakaman pita video / transkrip

  • Rakaman video dapat mengesan tingkah laku pelajar, dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan oleh guru dalam kajian tindakan.
  • Rakaman juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar semasa aktiviti dijalankan dalam kelas.
  • Transkrip pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.

4.Temubual

  • Temubual membantu guru mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.
  • Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan di sekolah.

TEKNIK PENGANALISISAN DATA

Penganalisisan data membantu guru mendalami secara lebih dekat dan jelas. Ia juga membantu guru merangka maklumat yang diperolehi secara sedar atau tidak sedar yang berlaku semasa proses pengumpulan data.

Teknik-teknik membuat analisis :

  1. Meneliti data secara menyeluruh - menetapkan kategori data dan membuat pembahagian mengikut kategori.
  2. Membuat proses sumbangsaran untuk mendapatkan idea - buat refleksi idea
  3. Analisis secara perbincangan

Setelah data dikumpul, guru akan membuat analisis untuk merumus dan menjelaskan dapatan kajian.



TUGASAN KELAS : NOTA

PENGUMPULAN DATA DAN MENGANALISIS DATA

PENGUMPULAN DATA
Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengutip data bagi mendapatkan maklumat. Jenis-jenis data yang dikumpul biasanya boleh dikategorikan kepada 2 iaitu:

a.Data Primer
-Data yang dikumpul sendiri oleh penyelidik melalui temubual atau soal selidik

b.Data Sekunder
-Data yang telah dikumpul untuk tujuan tertentu dan dilakukan oleh penyelidik lain.


Bentuk-bentuk data yang dikumpul pula melalui 2 bentuk iaitu:
a.Data Kuantitatif
-boleh diukur secara analitikal (dipaparkan dalam bentuk angka)
-cth : borang soal selidik

b.Data Kualitatif
-tidak boleh diukur secara analitikal (dipaparkan dalam bentuk kata-kata yang mengandungi makna)
-cth : temubual, pemerhatian


MENGANALISIS DATA
Menganalisis data adalah merupakan satu proses untuk memahami data. Penganalisisan data dibuat bagi menjawab persoalan kajian melalui data yang telah dikumpul. Melalui penganalisisan data kita hendak melihat trend, pola dan tema. Faktor yang penting dalam analisis data kajian tindakan adalah refleksiviti penyelidik iaitu keboleh penyelidik berfikir dan mereflek secara kritikal tentang apa yang telah dikumpul dan apa yang masih diperlukan.

PROSES ANALISIS DATA
Analisis data mengandungi 4 langkah umum :

  1. Memproses bukti - melibatkan proses mengedit, mengkod dan persampelan

  2. Pemetaan data - menunjukkan kekerapan isu dan tema

  3. Menginterpretasi bukti - menginterpretasi data dan membina model

  4. Mempersembahkan dan melapor keputusan - membuat kesimpulan


Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 13 - TUGASAN 4 MINI KT



TEORI-TEORI, STRATEGI, KAEDAH YANG BOLEH DIADAPTASI BAGI SETIAP MASALAH

KAEDAH PERMAINAN

Definisi
Strategi main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Melalui kaedah ini pelajar akan mencari pengetahuan dengan keadah permainan.

Ciri-ciri
  • Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah manupulatif, fizikal dan permainan bahasa.


  • Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.


  • Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani dimana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan dan kemahiran fizikal.


  • Permainan bahasa dimana aktiviti bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.
Kebaikan
  • Merangsang motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.


  • Mengembangkan daya imaginasi untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah.

KERANGKA KONSEPTUAL



AKTIVITI 12 - PERMURNIAN

Tujuan kajian tindakan tentang kaedah permainan:

Penggunaan kaedah kuliah yang lebih berpusatkan guru semasa pengajaran dan pembelajaran didapati tidak dapat menarik minat pelajar di dalam kelas. Pelajar didapati kurang berminat untuk membaca dan sukar memahami subjek Perdagangan dan Sains. Oleh itu, satu kaedah yang dapat menarik perhatian pelajar untuk bergiat aktif di dalam kelas perlu dilaksanakan. Kaedah permainan dilihat sebagai satu kaedah yang dapat menarik minat pelajar dan dalam masa yang sama membentuk perkembangan kognitif dan psikomotor.

AKTIVITI 11 - JURNAL : MASALAH DALAM KAJIAN

Check out this SlideShare Presentation:

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 10 - TUGASAN BUKU

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN

Sebelum sesuatu tindakan dibuat, langkah yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti masalah atau isu pada peringkat tinjauan awal. Ini bagi menentukan fokus kajian kerana dapat membantu pengkaji membuat perancangan tindakan.

Kajian Tindakan dilakukan bertitik tolak dari keinginan untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah atau isu atas dasar keprihatinan pengkaji iaitu guru. Masalah atau isu adalah dalam konteks boleh timbul dari pelbagai sudut seperti :

  • Pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • Pentadbiran
  • Disiplin
  • Kurikulum

Masalah atau isu ini boleh digambarkan dengan pelbagai persoalan seperti :

  • Apakah yang sedang berlaku?
  • Bagaimanakah masalah ini wujud?
  • Apakah yang boleh dilakukan bagi mengubah situasi ini?
  • Apakah punca masalah atau isu ini?

Apabila persoalan ini timbul maka muncul juga idea-idea tertentu, kegiatan ini merupakan tanda permulaan terhadap keprihatinan untuk mencari jalan serta mengambil tindakan atau langkah menyelasaikan atau mengatasi masalah.

TUGASAN 2 - ULASAN JURNAL

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9 : MATLAMAT-OBJEKTIF-PERSOALAN KAJIAN

KAEDAH PERMAINAN DALAM PENGAJARAN SUBJEK PERDAGANGAN DAN SAINS

Matlamat Kajian
Menarik minat dan perhatian pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek perdagangan dan sains.

Objektif Kajian
1.Mengubah amalan guru dalam pengajaran perdagangan dan sains secara kuliah kepada kaedah permainan
2.Meneroka dan menilai pengaplikasian kaedah permainan dalam topik pengajaran perdagangan dan sains

Persoalan Kajian

1.Adakah kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam pembelajaran subjek perdagangan dan sains?
2.Adakah kaedah permainan akan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar untuk menguasai topik pembelajaran berdasarkan objektif dan isi pengajaran yang disampaikan oleh guru?

AKTIVITI 8 : MINI KAJIAN TINDAKAN (CADANGAN)

Berdasarkan tajuk kajian huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :

Cadangan Individu
Pada pendapat saya bagi menambahbaik kaedah ini guru perlu rajin mencari idea baru dalam setiap pengajaran mengikut topik. Contohnya mencari idea yang kreatif di internet dan buku-buku rujukan yang boleh mengaplikasikan kaedah permainan yang bersesuaian dengan objektif dan isi pengajaran bergantung pada subjek perdagangan dan sains.

Cadangan Kumpulan
Melalui perbincangan dalam kumpulan kami mencadangkan guru untuk membuat modul berkaitan dengan kaedah permainan mengikut topik dalam sukatan mata pelajaran perdagangan dan sains yang boleh diaplikasikan supaya dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam matapelajaran tersebut. Melalui modul yang dibuat guru dapat merujuk kaedah permainan yang sesuai dan diubah mengikut kesesuaian umur, tahap pemikiran dan keupayaan pelajar.

Cadangan rakan-rakan luar pasukan
Rakan-rakan daripada pasukan luar memberi cadangan bahawa guru perlu mencuba pelbagai kaedah permainan supaya dapat dipelbagaikan dengan topik pengajaran perdagangan dan sains. Ini bagi mengelakkan pelajar bosan dengan permainan yang sama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui kepelbagaian kaedah permainan guru dapat melihat kecenderungan pelajar dalam jenis permainan yang dapat menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman mereka.

Literatur Review

Buku
Lankshear C. & Knobel M. 2004. A Handbook For Teacher Research . New York : Open University Press.


Jurnal
Halimah Harun (2006), Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 31 : 83-96.

AKTIVITI 7 : MINI KAJIAN TINDAKAN (KELEMAHAN)

Berdasarkan tajuk kajian huraikan kelemahan pengajaran subjek perdagangan dan sains berdasarkan pengalaman/refleksi:



Refleksi Individu

Berdasarkan pengalaman sendiri, di dapati kaedah permainan ini mungkin boleh didominasi pelajar yang lebih pintar dalam sesuatu kumpulan. Mungkin juga ada pelajar yang pasif dan hanya membiarkan pelajar yang pintar untuk berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan guru terutama jika kaedah permainan yang digunakan guru menguji minda.



Refleksi Kumpulan

Dalam berbincangan bersama ahli kumpulan kelemahan kaedah permainan ini dilihat dari sudut bagaimana guru dapat mengaitkan subjek dengan kaedah permainan yang sesuai. Adalah dikuatiri kaedah ini tidak dapat dikaitkan dan pelajar tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dengan permainan yang dijalankan. Guru perlu adaptasi setiap langkah permainan dengan isi pengajaran.



Refleksi rakan-rakan luar pasukan

Setelah menemubual rakan-rakan lain, mereka berpendapat guru perlu kreatif untuk mengaitkan permainan dengan topik yang hendak diajar supaya pelajar dapat menguasai isi pengajaran. Permainan yang diaplikasikan perlu sesuai dengan tahap umur dan keadaan pelajar (jika berkeperluan khas). Ada sesetengah permainan yang memerlukan tahap pemikiran tinggi untuk menyelesaikan permainan tersebut.



Literatur review

Buku
Lankshear C. & Knobel M. 2004. A handbook for Teacher Research. New York : Open University Press.


Jurnal
Halimah Harun. 2006. Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 31 : 83-96

AKTIVITI 6 : MINI KAJIAN TINDAKAN (KEKUATAN)

Berdasarkan tajuk kajian huraikan kekuatan pengajaran subjek perdagangan dan sains berdasarkan pengalaman/refleksi:


Refleksi Individu
Berdasarkan subjek perdagangan dan sains, kedua-dua subjek ini adalah lebih menarik jika di explore oleh pelajar melalui pendekatan yang berbeza berbanding mendengar penerangan guru semata-mata. Mengaplikasikan kaedah permainan untuk subjek ini dapat meningkatkan minat pelajar kerana bermain adalah fitrah bagi peringkat umur pelajar sekolah. Melalui kaedah permainan yang dilakukan guru dapat meningkatkan potensi kognitif pelajar untuk mengaitkan permainan dengan topik pembelajaran.


Refleksi Kumpulan
Setelah perbincangan dibuat dalam kumpulan, kami dapati kaedah permainan ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu topik. Jika dilihat daripada pengalaman melakukan micro teaching menggunakan kaedah permainan untuk pengajaran subjek perdagangan, rakan-rakan yang bertindak sebagai pelajar juga dilihat menunjukkan minat dalam melaksanakan tugasan yang diberikan guru (pelajar yang melakukan micro teaching) jika menggunakan kaedah permainan berbanding kaedah penerangan semata-mata. Guru perlu kreatif dalam mencipta permainan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran topik supaya objektif pengajaran tercapai dan pelajar mendapat manfaat daripada kaedah permainan yang digunakan oleh guru.

Selain itu semasa kaedah permainan dijalankan di dalam kelas guru dapat meningkatkan interaksi di antara pelajar-pelajar dan kolaborasi akan meningkatkan. Apabila unsur permainan dan persaingan diterapkan , pembelajaran aktif dan interaksi sosial akan berlaku.


Refleksi rakan-rakan luar kumpulan
Melalui hasil temubual dengan rakan berkenaan penggunaan kaedah ini, mereka bersetuju jika kaedah permainan digunakan dalam pengajaran kerana pada pendapat mereka kaedah ini dapat menguji kreativiti pelajar tetapi dalam masa yang sama pelajar dapat belajar dengan seronok dan lebih mengingati topik pembelajaran dengan mudah kerana dapat mengaitkan isi pengajaran dengan permainan yang mereka lakukan.


Literatur Review
Buku
Lankshear C. & Knobel M. 2004. A Handbook for Teacher Research. New York : Open University Press.

Jurnal
Halimah Harun. 2006. Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 31 : 83-96

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 4 : MINI KAJIAN TINDAKAN

Cadangan mini kajian tindakan yang anda ingin lakukan dalam pengajaran mikro yang berintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.


Tajuk mini kajian tindakan
Kaedah permainan dalam pengajaran subjek perdagangan dan sains

Peserta kajian
Rakan-rakan sekelas yang bertindak sebagai pelajar

Setting Kajian
Di dalam kelas Kaedah Mengajar Mikro dan Makro Perdagangan (Pn. Hajah Halimah) dan kelas Kaedah Mengajar Mikro dan Makro Sains (En. Zolkepeli)


Pemilihan Tajuk

Kumpulan kami memilih tajuk ini kerana penggunaan kaedah biasa dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah syarahan didapati tidak dapat menarik minat pelajar bagi subjek perdagangan dan sains. Oleh itu, satu kaedah yang dapat menarik minat perhatian pelajar untuk memahami subjek adalah kaedah yang dekat dengan diri pelajar iaitu kaedah permainan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan subjek perdagangan dan sains.

AKTIVITI 3 : KOLOKIUM

Perbincangan tentang kesesuaian kajian tindakan yang dilakukan oleh peserta dengan maksud kajian tindakan

Perbincangan 1
Peranan Soal Jawab Pelajar untuk Meningkatkan Minat dan Penglibatan Pelajar dalan Subjek Biologi

Abstrak
Kajian tindakan ini dilakukan untuk membantu pelajar meningkatkan minat dan penglibatan mereka di dalam kelas subjek Biologi. Kajian ini dijalankan secara kolaboratif antara dua orang guru dan melibatkan seramai 50 orang pelajar dari dua kelas yang berbeza. Kurangnya penglibatan dan minat pelajar dalam memahami dan mendalami topik yang diajar khususnya keinginan untuk bertanya soalan amat tidak memberansangkan. Oleh itu, intervensi yang dijalankan memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk mereka soalan dan kemudian saling menyoal soalan kepada kumpulan lain. Kesan intervensi dinilai melalui ujian pra dan ujian pos, pemerhatian guru terhadap gerak balas pelajar, temuabual dan refleksi pelajar. Dapatan kajian mendapati teknik soal jawab antara pelajar ternyata berjaya dalam meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam kelas. Di samping itu, teknik soal jawab ini juga berjaya menimbulkan kerjasama sesama pelajar dan meningkatkan keyakinan serta mengikis sifat malu pelajar untuk bertanya soalan.

Adakah kajian di atas sesuai dengan maksud kajian tindakan dan nyatakan sebab sesuai / tidak sesuai?
Melalui kajian di atas didapati ia sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana kajian ini dibuat setelah pengkaji melihat permasalahan yang berlaku di dalam kelas sewaktu pengajaran berlaku di mana pelajar dilihat kurang melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan sukar memahami sesuatu topik kerana keinginan bertanya soalan amat tidak memberansangkan. Oleh itu pengkaji cuba mengubah kaedah pengajaran di dalam kelas bagi meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam subjek biologi. Melalui kaedah soal jawab pelajar di antara kumpulan kecil dilihat dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan. Dapatan daripada kajian ini didapati kaedah yang digunakan oleh guru dapat mengubah sikap malu bertanya pelajar.

Perbincangan 2
Meningkatkan Kesungguhan dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran (Token) di Kalangan Murid Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan dan ketekunan belajar menggunakan teknik ganjaran (token) di kalangan murid pendidikan khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar. Seramai tujuh orang murid pendidikan khas dalam sebuah kelas telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Kesungguhan dan ketekunan murid pendidikan khas semasa proses pembelajaran amat penting dirangsangkan sebagai salah satu cara murid dapat terus menghayati, memahami dan mendalami apa yang dipelajari dengan lebih berkesan. Seterusnya, mereka berkebolehan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Dalam kajian ini, kami memilih untuk menggunakan pendekatan pengubahsuaian tingkahlaku bagi meningkatkan kesungguhan dan ketekunan murid untuk belajar. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkahlaku yang diingini. Manakala strategi pengurusan tingkahlaku yang dipilih pula adalah melalui teknik ganjaran sekunder - token. Aspek yang dikaji adalah meliputi tingkahlaku agresif, pasif, kognitif, bermasalah emosi, perlakuan negatif sosial dan kemahiran motor kasar. Kajian ini dilakukan sebanyak dua kitaran iaitu satu kitaran dijalankan pada bulan Ogos dan kitaran kedua pada September dan setiap ganjaran diberikan selepas setiap minggu penilaian dibuat. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknik ganjaran (token) dapat meningkatkan kesungguhan dan ketekunan murid untuk belajar.

Adakah kajian di atas sesuai dengan maksud kajian tindakan dan nyatakan sebab sesuai / tidak sesuai dengan maksud kajian tindakan?
Melalui kajian di atas didapati ia sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana kajian ini dibuat setelah pengkaji mendapati agak sukar untuk meningkatkan kesungguhan dan ketekunan belajar bagi murid pendidikan khas. Oleh itu pengkaji cuba menggunakan teknik ganjaran (token) untuk meningkatkan kesungguhan dan ketekunan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah token ini, didapati murid bersungguh-sungguh untuk mengejar token yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung dapat menarik minta murid untuk belajar bersungguh-sungguh. Selain itu, ganjaran (token) yang digunakan turut dapat mengubah tingkahlaku murid untuk lebih positif kerana mereka ingin mendapatkan ganjaran (token) yang diberikan guru. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa kesungguhan dan ketekunan belajar dapat ditingkatkan dengan teknik ganjaran (token).